Selamat Datang Ke Laman Blog AZMI MD.RAIS......Tugasan IT 2013......Program Bridging Pembantu Makmal Ke Penolong Pegawai Sains

Sunday, 3 March 2013

Laporan Iskandar Malaysia Information Center



LAPORAN LAWATAN ISKANDAR MALAYSIA INFORMATION CENTRE

PENGENALAN

IMIC merupakan pusat informasi berkaitan dengan pembangunannya wilayah ekonomi Iskandar Malaysia. Program lawatan ke Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC) adalah  merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang dalam selibus IT untuk Program Bridging Jawatan Pembantu Makmal Ke Jawatan Penolong Pegawai Sains (KPSL) bagi siri 2 UTM. Program ini diharapkan dapat memberi pengetahuan, pendedahan dan pengalaman yang berguna kepada setiap peserta di dalam melaksanakan tugasan seharian menggunakan IT.

Pihak HCD telah membuat persediaan awal. Pergi ke IMIC dengan menaiki bas UTM. Pensyarah pembimbing ialah Prof. Madya Dr. Shahrizal bin Sunar. Setibanya kami di IMIC kami telah disambut oleh staf bertugas iaitu En. Yusri Mohd Yusof (ketua Unit Penyenggraan IMIC) dan bersama 2 orang pembantunya.

ISKANDAR MALAYSIA CENTRE (IMIC)

Pihak berkuasa wilayah Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) adalah badan berkanun yang diberi kuasa untuk merancang, mempromosi, memproses, merangsang dan menjalan usaha-usaha pembangunan di Iskandar Malaysia. Ia juga bertanggungjawab merealisasikan visi dan objektif Iskandar Malaysia ke arah sebuah metropolis kukuh, mampan dan bertaraf antarabangsa.   


Tempat:

Iskandar Malaysia Information Centre (IMIC) Danga Bay Johor Bahru Johor

Tempoh:             

1 Hari (2:00 hingga 5:00 petang)

Penganjur:

HCD UTM

Penyertaan:

Peserta Program Bridging Siri 2 UTM

Tujuan:
Tujuan lawatan ialah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dalam menyampaikan dan penerangan tentang sesuatu maklumat secara lebih kreatif. Tujuan utama lawatan ialah untuk mempelajari bagaimana IT dapat memberi sumbangan besar kepada kemajuan manusia khususnya kemajuan kepada rakyat di Johor. Kami difahamkan terdapat banyak teknik, perisian canggih multimedia dan peralatan terkini yang lain yang digunakan untuk memberi dan menyampaikan maklumat yang terdapat di IMIC. 

Objektif:
·         Mendapatkan maklumat daripada IMIC.
·         Melihat penggunaan teknologi dan inovasi dalam bidang  penyampaian maklumat.

·         Mendedahkan hubung kait antara 4 turas utama iaitu Melabur, Bekerja, Bermustautin dan Riadah.


ATURCARA PROGRAM:

BAHAGIAN 1:  SESI TAKLIMAT IMIC
Atur cara dimulakan dengan taklimat dan penerangan tentang IMIC oleh En. Yusri Mohd Yusof di Bilik Penerangan IMIC yang terletak di aras atas. Terdapat 2 aras di IMIC. Taklimat mengenai pembangunan Iskandar Malaysia Information Centre berlangsung hampir 45 minit dan diakhiri dengan sesi soaljawab berkaitan pembangunan di IMIC. 
    En. Yusof – Menyampaikan maklumat kepada peserta dari UTM

Kami telah diberi penerangan oleh pegawai informasi IMIC iaitu En Yusri. Beliau telah memberi penerangan dengan jelas berkaitan pembangunan Wilayah Iskandar Malysia yang mernagkumi tentang sejarah, kelebihan dan kebaikan dilaksanakan, pelaburan, kewangan, pertumbuhan ekonomi negara, GDP, Perkapita Pendudukn, pembangunan IT, taman tema Legoland, IRDA dan banyak lagi yang berkaitan dengan pembangunan Iskandar Malaysia yang sedang dan akan dilaksanakan. Menurut beliau Wilayah Iskandar Malsyaia ini adalah termasuk salah satu lima wilayah pembangunan Koridor Ekonomi dibina Malysia semasa dibawah pemerintahan Perdana Menteri pada masa itu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi. Wilayah Koridor tersebut ialah Wilayah koridor Ekonomi Utara, , Wilayah Koridor Ekonomi Iskandar Malaysia, dan Wilayah Koridor Ekonomi Timur. Wilayah Koridor Ekonomi Sabah dan Wilayah Koridor Ekonomi Sarawak

Iskandar Malaysia
Iskandar Malaysia Information Center (IMIC) ialah tempat memberi maklumat berkaitan pembangunan lestari berwawasan kearah negara maju 2020 di dalam Wilayah Iskandar Malaysia. Wilayah Iskandar malysia  ini dibahagikan kepada  beberapa Zon Utama iaitu Zon A merangkumi kawasan daerah JB City Center, Zon B (Nusajaya), Zon C (Western Gate Development), Zon D (Eastern Gate Development) dan Zon E (Senai-Skudai Development). Bangunan IMIC ini terletak di Danga Bay Convention Center. Untuk makluman, sebelum IMIC ini mengambil-alih, tempat ini adalah sebuah kawasan restoran dan kawasan beriadah dan bersantai, dahulu dinamakan pantai Lido. Tetapi kini ianya telah menjadi kawasan yang menjadi pusat informasi Iskandar Malaysia kepada para pengunjung dan pelabur dari dalam dan luar negara.

5 Zon Teras utama Iskandar Malaysia
Terletak di Pusat Konvensyen Danga Bay, ia dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 12 Feb 2012.
Dengan platform komunikasi sedia ada, orang awam, pelabur dan pelabur yang berpotensi kini mempunyai peluang yang lebih untuk mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam mengenai ISKANDAR MALAYSIA - di Pusat Maklumat ISKANDAR MALAYSIA (IMIC – ISKANDAR MALAYSIA INFORMATION CENTER).




Pusat Conventin centre





Pintu masuk IMIC
En. Yusri  berkata peranan utama IMIC adalah sebagai platform interaksi dan komunikasi berpusat antara IRDA dan pihak berkepentingan. IMIC akan mempamerkan kemajuan pembangunan dan kerjasama antara agensi-agensi, badan-badan Kerajaan dan pelabur di Iskandar Malaysia. 
"Ia akan menjadi satu forum bagi semua pihak yang berkepentingan untuk memahami, belajar dan mengambil bahagian dalam perkembangan di ISKANDAR MALAYSIA," kata En Yusri, sambil menambah IMIC juga akan membantu untuk menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pelan induk ISKANDAR MALAYSIA.”
Berkeluasan 19,057 kaki persegi, pusat maklumat ini yang dijangka menerima 200,000 pengunjung setahun, dilengkapi dengan panel skrin sentuh interaktif dan kiosk maklumat.
Pusat ini akan menjadi sumber pengetahuan kepada orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk memenuhi jangkauan demografi umum berikut:
1) Komuniti Tempatan - masyarakat tempatan akan dapat maklumat yang lebih lanjut berkenaan hasrat, kesan dan kemajuan daripada Iskandar Malaysia kepada kesejahteraan umum.
2) Masyarakat Serantau - Ini termasuk bukan sahaja warganegara Malaysia tetapi juga pelawat dari negara-negara ASEAN yang lain. Mereka  boleh mendapatkan penerangan dan maklumat tentang kesan yang dibawa oleh Iskandar Malaysia di rantau ini dan bagaimana mereka boleh mengambil bahagian dalam pertumbuhannya.
3) Pelabur - Sebagai pihak yang berpotensi dan juga rakan strategik, mereka akan dimaklumkan mengenai skop dan keunikan Iskandar Malaysia peluang yang dibuka untuk perniagaan dan pelaburan di Iskandar Malaysia.
4) Pelawat Antarabangsa - yang meliputi ekspatriat dan pelancong asing; pusat ini perlu memfokuskan kepada mereka, aspirasi Iskandar Malaysia sebagai pembangunan yang bertaraf dunia. IMIC yang menelan belanja lebih kurang RM5 million, dibahagikan kepada beberapa seksyen iaitu Melabur, Bekerja, Bermastautin and Beriadah. Ia juga dilengkapi dengan UniFi. 

BAHAGIAN 2:    TEKNOLOGI IT YANG DIGUNAKAN DI IMIC

NEXUS:
·         Boleh mengabungkan dan kawalan semua imeg LCD
·         Terdapat 28 panel unit LCD dan console di IMIC (automatik update pada paparan skrin)
·         Mempunyai ruang demo berbentuk kubah spefa dan skerim papran
·         Ia menggunakan teknologi 3D menggunalan kanta cekung

METROUX:
·         Berfungsi untuk skrin pecahan (monitor)
·         Perisian metroux digunakan untuk mengawal projektor LCD.


BAHAGIAN 3:    PENGGUNAAN PAPARAN SKRIN SESENTUH BAGI MENDAPATKAN MAKLUMAT
  
1.2          Gambar-gambar ruangan pameran dalam IMIC

1.3 Gambar-gambar ruangan pameran dalam IMIC




Berdasarkan paparan gambar di atas. Menunjukkan beberapa penyediaan paparan maklumat berkaitan Pembangunan Iskandar Maysia telah disediakan dan dikendalikan menggunakan kaedahTeknologi maklumat terkini secara screen sesentuh berinteraktif menjadikan satu tarikan kepada pengunjung dan pelawat. Selain itu penggunaan komunikasi poster elektronik, penggunaan LCD projector dalam bentuk 3 dimensi (3D view), paparan education game dan banyak lagi boleh dilihat di dalam Danga Bay Convetion Center.
  


  

BAHAGIAN 4: DEMO & PAMERAN IMIC
Bahagian kedua atur cara peserta dibawa untuk melihat informasi yang terdapat di IMIC Sebelum peserta melihat secara sendiri teklimat ringkas telah diberikan oleh salah seorang staf di IMIC.






Maklumat Peralatan Digunakan Dalam Penyampaian Maklumat:
Peserta dapat melihat secara live dan dekat. Melihat dan merasakan sendiri penggunaan teknologi IT dan multi media di IMIC dalam penyampaian maklumat.


Catatan:               Reka bentuk susun atur IMIC adalah berdasarkan peta IMIC.



BAHAGIAN 5:    MAKLUMAT PAMERAN:

Maklumat Iskandar Malaysia:
Merupakan sebuah projek nasional ulung yang terletak di pintu masuk selatan Semenanjung Malaysia. Wilayah ekonomi ini bakal manjadi tumpuan kerana keunikannya mengabungkan gaya hidup, hiburan, persekitaran dan sosio ekonomi yang lebih sempurna seiring dengan kepesatan pembangunannya sebagai metropolis yang kukuh dan manpan bertaraf antarabangsa. IMIC dibahagikan kepada 5 zon utama dan dengan menggabungkan elemen Melabur, Bekerja, Bermastautin dan Beriadah. Ia dikendalikan oleh Pihak berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA). Statistik berikut mengambarkan kemajuan IMIC sejak tahun 2005 hingga 2025.
Statistik Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kemajuan dari tahun 2005 hingga 2025
Tahun 2005
Tahun 2025
KDNK (USD)
20 bilion
93 bilion
KDNK per kapita (USD)
14,790
31,000
Pekerjaan
0.610 juta
1.428 juta
Populasi
1.4 juta
3.0 juta


5 Zon Utama Iskandar Malysia:

                                Iskandar Malysia                                              5  Zon Ekonomi

Melabur di Iskandar Malaysia:
Iskandar Malaysia telah direka bentuk khas untuk menarik para pelabur. Wilayah itu akan dilengkapi dengan kemudahan terkini, infrastruktur lengkap dan pusat perniagaan setempat untuk memastikan transaksi perniagaan lebih cepat, lancar dan mudah.Iskandar Malaysia akan menjadi wilayah pembangunan paling pesat di hujung selatan Semenanjung Malaysia, di mana kehidupan, hiburan, alam persekitaran dan perniagaan digabungkan untuk membentuk metropolis maju dan makmur. Terletak di Johor, gerbang selatan Semenanjung Malaysia, kebaikkannya termasuk :-

Hanya 6 hingga 8 jam penerbangan dari Bandaraya Asia yang sedang berkembang pesat seperti Bangalore, Dubai, Hong Kong, Seoul, Shanghai, Taipei dan Tokyo. Terletak dalam jangkauan pasaran global yang meliputi kira-kira 800 juta orang. Dihubungkan melalui laluan udara, darat, kereta api dan laut
Dikelilingi 3 pelabuhan besar – Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Tanjung Langsat.
·      Bangunan Sultan Iskandar (CIQ)
·      Pembangunan Pesisir Pantai Teluk Danga
·      Daerah Sentral JB
·      Lido  Boulevard
·      Menara MSC Cyberport
Sebagai pintu masuk selatan ke malaysia, johor bahru menjadi tuan rumah kepada beberapa aktiviti utama ekonomi seperti pelancongan finanacial, budaya dan bandar bagi johor
  
                                          Danga Bay             Komplek CIQ                 Tambak                               
·      Taman Kesihatan Afiat
·      Educity @ Iskandar
·      Taman Tema Tertutup
·      Kota Iskandar
·      LEGOLAND Malaysia
·      Medini Iskandar
·      Taman Perindustrian Nusa Cemerlang (NCIP)
·      Puteri Harbour
·      Taman Perniagaan Setia
·      Kelompok Logistik Perindustrian Selatan (SILC)
Satu komponen utama kepada Iskandar Malaysia dan salah satu harta perkembangan terbesar di ativities utama ekonomi asia tenggara nusaiaya termasuk pendidikan dan Pelancongan perubatan, hiburan dan reccreation, negeri pentadbiran kewangan dan bioteknologi
  
                                      Kota Iskandar           elabuhan Puteri          Bandar Pendidikan
·      Hab Petroleum Asia (APH)
·      Industri Petrokimia dan Maritim, Tanjung Bin
·      Pelabuhan Tanjung Pelepas
·      Tapak Warisan RAMSAR Johor
·      Stesen Janakuasa Tanjung Bin
Dikenali sebagai salah satu pelabuhan kontena utama dunia.Tanjung Pelepas kelompok ekonomi rumah beberapa utama aktiviti ekonomi seperti logistik, zon bebas, kawasan perindustrian, pengedaran serantau dan pemerolehan antarabangsa dan terminal penyimpanan minyak
  
                       Pelabuhan Tanjung      Jalan Perhubungan Kedua   Terminal Bahan Api
                              Pelepas PTP                       ke Singapura


·      Pusat Perdagangan dan Ekspo Asia Pasifik (APEK)
·      Bandaraya pengetahuan, Bandar seri alam
·      Pelabuhan Johor
·      Taman Pakar Regency Seri alam
·      Kompleks perindustrian tanjung langsat
·      Pelabuhan Tanjung langsat








Hab pembuatan terkenal di wilayah selatan malaysia, pasir gudang adalah perdana D Iskandar Malaysia.Aktiviti ekonomi utama yang sedang berlaku termasuk pembuatan, serta terminal penyimpanan minyak
     Asia Pacific Trade & Expo City    Kompleks P. T.Langsat       Litar  Pasir Gudang      
       (APTEC City)                                                                                                                                                     
·      Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail
·      Bandar Lapangan Terbang Senai (Aero Mall), Taman Teknologi Tinggi, Taman Aeroangkasa, Zon Bebas, Taman Kargo & Logistik)
·      Johor Premium Outlets
·      Tama Teknologi Johor
·      Bandar MSC Cyberport
·      Taman Perindusterian Sedenak
·      Universiti Teknologi Malaysia (UTM)







Sebagai bandar transit yang menghubungkan Iskandar Malaysia kepada dunia, perbandaran ini, di mana ia dikenali sebagai E flangship mengandungi aktiviti-aktiviti ekonomi yang penting seperti logistik, pembuatan, pelancongan dan bandar siber
  
Lap. Terbang A.bangsa Sultan Ismail   Universiti Teknologi Malaysia     Johor Premium Outlets                                                                                

Elemen Pemantapan IMIC: Melabur, Bekerja, Bermustautin dan Beriadah.
A: Melabur
·         Komponen yang diterapkan:
·         Melabur di Iskandar Malaysia
·         5 Zon Ekonomi Utama
·         Tinjauan Pelaburan Asing
·         Hubungan Pelabur
B: Bekerja
Komponen yang diterapkan:
·         Manfaatkan Karear Anda
·         Peluang Pekerjaan
·         Kerjaya di Malaysia
·         Kelainan di Iskandar Malaysia
C: Bermastautin
Komponen yang diterapkan:
·         Taraf Kehidupan Berkualiti
·         Keselesaan Bermustautin
·         Kehidupan Anak Anda
·         Mencintai Alam Sekitar



D: Beriadah
·         Komponen Diterapkan:
·         Perlindungan Rekreasi
·         Tarikan Dalam Negeri
·         Tempat-Tempat Menarik
·         Melawat Malaysia



Penutup:
Lawatan diakhiri dengan menikmati jamuan ringan yang disediakan diruang legar Bangunan Pusat Konvensyen. Sebelum meninggalkan IMIC kami sempat bergambar beramai-ramai bersama En. Yusri Mohd Yusof.
Semoga perancangan dan pelaksanaan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan program ini diakhiri dengan ucapan jutaan terima kasih.   
1.                   Cadangkan bagaimana maklumat tentang UTM boleh dimasukan dengan lebih berkesan dalam Iskandar Malaysia Information Center (IMIC).
Cadangan maklumat tentang UTM boleh dimasukan ke dalam IMIC adalah seperti berikut:
Menyediakan paparan skrin maya 3D di suatu ruang khas di IMIC:
i)                    Suatu ruang khas khusus untuk memberi penerangan dan maklumat UTM di Danga bay Convention Center. Semua maklumat disampaikan melalui skrin maya ini dilengkapkan dengan maklumat UTM. Maklumat penting adalah seperti kemudahan pembelajaran dan tentang kursus yang ditawarkan di UTM yang telah menjadi universiti bertaraf dunia dan universiti penyelidikan yang terdiri dari pelajar dalam dan luar negara.
ii)                  Memberikan maklumat berkaitan sejarah UTM, kemudahan-kemudahan pembelajaran antarnya tempat pembelajaran, kemudahan IT untuk Pengajaran & pembelajaran, laman web seperti UTM Online di dalam kampus.
iii)                UTM boleh mengambil kesempatan untuk mempamerkan hasil penyelidikan yang boleh memberi manfaat kepada umum dan negara. Melalui program kerjasama yang dijalinkan oleh UTM dengan IMIC ia dapat menyalurkan kepakaran kerana UTM mempunyai tenaga pakar dalam berbagai bidang. Perancang bandar dan wilayah, kejuruteraan, komputer, sains dan teknologi dan lainnya.
iv)                Hasil projek dan penyelidikan oleh penyelidik boleh disampaikan dalam IT  dan ia dipaparkan dalam bentuk animasi 3D mampu memberikan suatu tarikan. Kelebihan dan kecanggihan infrastruktur yang di gabungankan dengan kemudahan IT di UTM mampu memberikan maklumat yang boleh diperolehi di IMIC tanpa datang di UTM kerana maklumat telah disepadukan semuanya boleh diperolehi di IMIC. Kunjungan di IMIC sebagai serampang dua mata yang mana pengunjung dapat maklumat Iskandar Malaysia dan secara mudah dapat maklumat tentang UTM yang mana ia menjadi kepentingan pelajaran kepada anak negeri Johor khususnya dan negeri lain amnya. Kewujudan UTM di negeri Johor telah banyak memberikan manfaat kepada anak negeri untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.
v)                  UTM mempunyai kemudahan prasarana dan boleh dimanfaatkan oleh rakyat Johor di sekitarnya yang lengkap seperti kemudahan Dewan Sultan Iskandar, Perpustakaan, Stedium dan padang bola, dewan kuliah dan banyak kemudahan untuk tarikan kepada  pelajar dan warga kampus di UTM yang mana ia perlu dimasukan dalam Skrin Maya ini juga selain memasukan gambar-gambar yang menarik keseluruhan kampus UTM. Semua ini boleh diperolehi di IMIC melalui teknologi IT yang menyediakan kemudahan laman web UTM secara Online atau blog UTM dengan melayari terus sesawang UTM. 
vi)                Menyediakan talian khas UTM di IMIC. Talian Khas UTM ini diwujudkan sebagai platform untuk mengumpul pertanyaan dan maklumbalas orang ramai secara teratur dan efektif. IMIC adalah tempat yang sesuai sebagai lokasi pemberi dan penerima maklumat kepada orangramai memandangkan IMIC kerap dikunjungi oleh pelajar-pelajar, orang awam samada dari dalam dan luar negara. Maklumat yang diperolehi dilaksanakan. Ia boleh dilaksanakan melalui teknolog IT, laman sosial popular seperti facebook, twitter dan sebagainya. Kehadiran UTM di Johor telah dapat memberi sumbangan besar kepada pembangunan negeri Johor masa kini. 
3. Apa yang anda dapat dari lawatan ke IMIC.
Saya dapat beberapa pengetahuan berguna dan mengetahui status kemajuan telah, sedang dan bakal dikecapi di negeri Johor, antaranya:

1. Mengetahui apa dan fungsi Iskandar Malaysia serta lokasi yang terlibat di wilayah yang telah menjadi Zon-zon ekonomiIskandar Malaysia.

2. Mengertahui wawasan Iskandar malaysia yang menjadi metropolis bertaraf antarabangsa yang kukuh dan lestari sebagai tanda pertumbuhan pesat di bawah pihak berkuasa pembangunan Iskadar  (IRDA). Mengetahui peranan IRDA dalam Iskandar Malaysia, dimana ianya berfungsi sebagai mengawalselia dan memantau penglibatan pemegang berkepentingan dalam sektor awam dan swasta kearah merealisasikan wawasan membangunakan Isakandar Malaysia.

3.   Mengetahui bahawa Iskandar Malaysia ini berada di lokasi strategik iaitu di laluan perkapalan antarbangsa yang utama. Menawarkan pelbagai peluang pekerjaan, infrastruktur, kepelbagaian ekonomi, mewujudkan tenaga kerja yang mahir serta yang menjalakan perniagaan yang berdaya saing.

4. Penggunaan paparan skrin sesentuh bagi mendapatkan maklumat adalah satu alat IT yang paling mudah dan mesra pengguna dan ia menjadi medium penyampai maklumat yang popular.


No comments:

Post a Comment